Responsive Banner design

selamat datang

Bantu like bos...

Arsip Blog

Home » » TEORI EVOLUSI

TEORI EVOLUSI

Halangan Pertama Yang Gagal diAtasi: Asal Usul Kehidupan
Teori evolusi ini mendakwa bahawa semua spesis  hidupan wujud dari satu sel tunggal, yang timbul
dalam zaman dunia primitif lebih kurang 3.8 ribu  juta tahun dahulu. Bagaimana satu sel tunggal
membentuk jutaan spesis hidupan yang kompleks,
dan sekiranya benar seperti dakwaan mereka
bahawa proses evolusi berlaku sedemikian, kenapa
kesannya dari rekod-rekod fosil tidak ditemui,
merupakan persoalan yang belum dapat dijawab.
Bagaimanapun, pertama dan yang paling penting,
kita mesti berhenti pada titik pertama dakwaan teori
evolusi ini. Bagaimana dakwaan "sel tunggal" ini
wujud?.
Ketika teori evolusi ini menafikan penciptaan dan
tidak menerima sebarang campurtangan kuaas
luar biasa, ia mempertahankan bahawa 'sel
pertama' terhasil secara kebetulan di dalam
lingkungan hokum alam, tanpa sebarang rekaan,
perancangan atau peraturan. Berdasarkan kepada
teori ini, materi non-hidupan pasti menghasilkan
satu sel hidup sebagai hasil kebetulan. Ini, akan
tetapi, adalah sebuah dakwaan yang tidak
konsisten dengan hukum-hukum biologi yang
sangat mantap dan kukuh.
'Kehidupan Lahir Dari Kehidupan'.
Darwin tidak menyebut mengenai asal usul
hidupan di dalam bukunya. Disebabkan
pemahaman saintifik yang masih primitif di
zamannya, dia menganggap benda hidupan hanya
mempunyai struktur yang ringkas. Menurut teori
yang dikenali sebagai 'generasi spontan' yang
dipercayai sejak Zaman Pertengahan, ianya
dipercayai bahwa zarah-zarah non-hidupan akan
berpadu bersama-sama dengan nasib dan
membentuk suatu makhluk hidupan. Pada masa
itu, masyarakat umum mempercayai bahawa
serangga terbentuk dari sisa makanan dan tikus
terbentuk daripada gandum. Eksperimen yang
'menarik' dilakukan untuk membuktikannya. Sedikit
gandum di tebarkan ke atas timbunan kain buruk
yang kotor, dan ianya difikirkan bahawa setelah
menanti seketika, tikus akan menjelma daripada
kombinasi itu.Daging yang menjadi ulat adalah
bukti bahawa hidupan menjelma daripada unsur-
unsur bukan hidup. Sebaliknya, setelah difahami
kemudian bahawa ulat-ulat itu sebenarnya tidak
wujud dengan sendiri dari permukaan daging,
tetapi timbul dari larva, lebih kecil dari apa yang
boleh dilihat oleh mata, yang dibawa oleh lalat dan
ditinggalkan di situ.
Ketika Darwin menulis bukunya The Origin of
Species, kepercayaan bahawa bakteria boleh
wujud dari benda non-organik (bersifat hidupan)
mendapat penerimaan luas dalam dunia sains.
Padahal, lima tahun setelah penerbitan buku
Darwin, ahli biologi Perancis terkenal Louis Pasteur,
secara terperinci memusnahkan kepercayaan ini
yang merupakan asas evolusi.
Sebagai hasil dari kajian yang panjang dan
pemerhatiannya, Pasteur sampai kepada
keputusan dalam pernyataannya 'dakwaan bahawa
benda yang mati boleh melahirkan kehidupan telah
dikubur dalam sejarah demi kebaikan'.
Orang yang mempertahankan teori evolusi ini,
menolak penemuan Pasteur ini untuk masa yang
panjang. Kini, sains yang berkembang maju dan
telah menunjukkan bahawa struktur yang rumit
dalam sel hidupan, kesalahan dakwaan bahawa
hidupan wujud dengan sendiri menjadi lebih jelas.
Usaha Tidak konklusif Abad ke 20.
Di abad ke 20 ini, evolusionis yang pertama
meneruskan subjek asal usul hidupan ini ialah ahli
biologi Russia Alexander Oparin. Dalam banyak
tesisnya yang dibentangkan dalam tahun 1930 an,
dia cuba untuk menerangkan bahawa sel hidupan
telah wujud melalui kebetulan. Tetapi usaha ini
berakhir dengan kegagalan, dan Oparin membuat
sendiri pengakuannya 'malangnya, asal usul sel ini
akan kekal menjadi persoalan yang mana
sebenarnya ia adalah titik yang paling gelap dalam
keseluruhan teori evolusi'.
Para evolusionis yang mengikuti jalan yang sama
dengan Oparin cuba untuk melakukan eksperimen
untuk menyelesaikan masalah asal usul hidupan
ini. Eksperimen yang paling terkenal ialah yang
dilakukan pada tahun 1953 oleh seorang ahli kimia
Amerika yang terkenal, Stanley Miller. Miller
menyatukan beberapa gas, yang didakwanya
sebagai atmosfera bumi primitif dalam kondisi
eksperimen, menambahkan tenaga kepada
campuran ini, dan mensintesiskan beberapa
molekul organik (asid amino) yang digunakan
dalam penghasilan protein.
Pembatalan kepada eksperimen itu, yang mana
dalam tahun itu dianggap sebagai langkah penting
di atas nama evolusi, dan atmosfera yang
digunakan dalam eksperimen itu ialah perbezaan
yang besar berbanding dengan dunia sebenar,
ditimbulkan beberapa tahun berikutnya.
Selepas berdiam diri seketika, Miller akhirnya sendiri
mengakui bahawa atmosfera yang digunakan
adalah tidak realistik.
Semua usaha-usaha proses evolusi sepanjang
abad ke 20 ini untuk menerangkan masalah asal
usul hidupan berakhir dengan kegagalan. Seorang
ahli geokimia, Jeffrey Bada dari institut Scribb di
Sandiego mengakui kebenaran ini dalam artikel
yang diterbitkan pada tahun 1998 dalam majalah
Earth golongan evolusionis;
Hari ini sempena abad yang akan kita tinggalkan,
kita masih menghadapi masalah yang rumit yang
masih belum selesai yang kita miliki apabila
memasuki abad ke 21; iaitu bagaimana asal usul
kehidupan dimulakan di bumi?.
Struktur Kompleks Hidupan.
Sebab asas teori evolusi ini menjadi kesukaran
yang besar berhubung dengan asal usul hidupan
ialah satu fakta bahawa hidupan yang dianggap
sebagai struktrur yang ringkas, sebenarnya
mempunyai struktur kompleks yang sukar untuk
dibayangkan. Sel hidupan ini jauh lebih kompleks
dari semua keluaran teknologi yang pernah
dihasilkan oleh manusia. Tahap kerumitan ini,
sehinggakan makmal yang paling canggih di dunia
pun tidak mampu menghasilkan zarah-zarah
bukan hidupan yang berpadu dan menghasilkan
sel hidupan.
Keadaan yang diperlukan untuk kewujudan sel ini
adalah lebih jauh dari apa yang boleh diterangkan
melalui kebetulan. Kebarangkalian protein yang
merupakan blok binaan bagi sel untuk disintesiskan
secara kebetulan ialah 1 peluang dalam 10950
untuk satu purata protein terhasil dari 500 amino
asid. Dalam matematik, kebarangkalian yang lebih
kecil dari 1 melebihi 10 secara praktikalnya adalah
dianggap mustahil.
Molekul DNA, yang terkandung dalam nukleus sel
dan yang mengandungi maklumat genetik,
merupakan satu bank data yang menakjubkan.
Sekiranya kod genetik manusia ditulis ke dalam
kertas ianya akan memenuhi satu perpustakaan
dengan 900 jilid, 500 lembar kertas setiap jilid.
Dan di sini satu perkara penting untuk ditambah:
DNA hanya boleh mereplikasi dengan pertolongan
beberapa protein khusus (enzim). Bagaimanapun,
pembentukan enzim-enzim ini hanya terjadi
dengan maklumat yang telah dikodkan dalam
DNA. Pergantungan di antara satu sama lain ini,
menunjukkan bahawa kesemuanya ini mesti
berada pada masa yang sama untuk proses
replikasi. Ini menjadikan senario dakwaan bahawa
hidupan terbentuk sendiri menemui kebuntuan.
Seorang profesor evolusi terkenal, Leslie Ogel dari
San Diego Amerika, mengakui kebenaran ini pada
edisi Oktober 1994 majalah Scientific American;
Ianya suatu yang sangat-sangat mustahil untuk
diterima bahawa protein dan nuklik asid, kedua-
duanya yang sangat kompleks secara struktur,
wujud secara spontan di tempat yang sama pada
masa yang sama. Namun ianya juga mustahil
untuk kewujudan salah satu tanpa kedua-duanya.
Dan maka, pada sekilas pandang, seorang boleh
menyimpulkan bahawa hidupan tidak akan, yang
sebenarnya, terwujud dengan cara kimia semata.
Satu yang tidak diragui, bahawa sekiranya suatu
yang mustahil untuk hidupan wujud melalui kesan
semulajadi, maka seseorang itu mesti menerima
kebenaran bahawa hidupan mesti 'diciptakan'
dengan cara luarbiasa. Kebenaran ini secara
terbuka membatalkan teori evolusi, yang tujuan
utamanya ialah untuk menafikan kebenaran
Penciptaan.
Mekanisme Imaginasi Mengenai Evolusi.
Titik kedua yang penting membatakan teori Darwin
ini ialah fakta bahawa suatu yang telah
direalisasikan oleh dua konsep yang dikemukakan
oleh teori ini sebagai 'mekanisme proses evolusi'
sebenarnya tidak memiliki sebarang kuasa evolusi.
Darwin secara total menghubungkan teori evolusi
yang dikemukakannya kepada mekanisme 'pilihan
semulajadi'. Kepentingan yang digantungkan
bersama dengan mekanisme ini jelas dilihat dalam
bukunya The Origin of Species, by Means Natural
Selection'
Ianya berasaskan kepada idea iaitu dalam
persaingan untuk kekal di dalam alam hidupan
yang mana lebih kuat dan mampu beradaptasi ke
dalam keadaan semulajadi, akan terus kekal.
Sebagai contoh, sekawan rusa yang diancam oleh
haiwan pemangsa, rusa yang berlari dengan
pantas akan terus hidup. Dalam keadaan ini,
sekumpulan rusa yang terus hidup itu terdiri dari
individu yang pantas dan bertenaga. Tetapi sudah
jelas bahawa mekanisme ini tidak menyebabkan
rusa berevolusi, ianya tidak boleh menukarkan
rusa menjadi spesis lain, contohnya kuda.
Atas alasan ini, mekanisme pilihan semulajadi tidak
memiliki sebarang kuasa proses evolusi. Darwin
menyedari fakta ini, dan dalam The Origin of
Species dia terpaksa mengakui;
Pilihan wajar ini tidak dapat melakukan apa-apa
sehingga variasi yang berfaedah mempunyai
peluang untuk terjadi.
Impak Lamarck.
Jadi, bagaimana 'variasi menguntungkan' ini
terjadi? Dalam waktu pemahaman saintifik yang
masih primitif di zamannya, Darwin cuba
menyandarkan jawapan bagi persoalan ini kepada
Lamarck. Menurut ahli biologi Perancis Lamarck,
yang hidup sebelum Darwin, benda hidupan
menurunkan perubahan fizikal yang mereka alami
sepanjang hidup mereka kepada generasi
seterusnya, dan generasi baru yang terhasil adalah
hasil dari sifat-sifat yang terkumpul dari generasi ke
generasi lain. Sebagai contoh, dalam pandangan
Lamarck, zirafah berkembang daripada kijang,
yang lehernya berkembang menjadi lebih panjang
dari generasi ke satu generasi ketika bersaing untuk
memakan daun pada dahan yang tinggi.
Darwin memberikan contoh yang sama, misalan
seperti yang didakwanya dalam The Origin of
Species bahawa beruang-beruang yang masuk ke
dalam laut bertukar menjadi ikan paus dengan
peredaran masa.
Tetapi hukum pewarisan yang ditemui oleh
Mendel, yang mana telah pun dibuktikan oleh
kemajuan sains di abad ke 20 ini, memusnahkan
mitos bahawa sifat yang diperolehi boleh
diturunkan kepada generasi seterusnya. Dengan
ini, pilihan semulajadi merupakan satu yang tidak
bererti, dan dengan sebab itu, ianya menjadi suatu
mekanisme yang langsung tidak memberi kesan
apa-apa.
Neo Darwinisme Dan Mutasi.
Dalam usaha mencari penyelesaian dalam situasi
ini, penganut Darwinisme telah mengemukakan
'teori sintetik moden', atau neo-Darwinisme
sebagai mana yang diketahui dunia pada akhir
tahun 1930 an. Di samping pilihan semulajadi, neo-
Darwinisme menambah lagi kenyataan seperti
'sebab kepada variasi yang berfaedah', mutasi, atau
kerosakan di dalam gen makhluk hidupan adalah
kesan dari pengaruh luaran seperti radiasi atau
kesilapan duplikasi.
Dan sehingga hari ini, model yang
mempertahankan kesahannya atas nama evolusi
ialah neo-Darwinisme. Teori ini mengekalkan
dakwaan bahawa jutaan makhluk hidupan dalam
dunia timbul sebagai hasil mutasi, atau kesilapan
genetik sepanjang masa, di dalam organ kompleks
hidupan ini seperti telinga, mata, paru-paru dan
kepak. Tetapi di sana terdapat fakta saintifik yang
menolak teori ini; mutasi tidak memajukan
hidupan, sebaliknya, merosakkan mereka.
Sebab untuk ini sangat mudah, DNA mempunyai
struktur yang sangat kompleks, sebarang
kebarangkalian perubahan dalam molekul akan
membawa kerosakan. Seorang pakar genetik
Amerika B. G. Ranganathan menerangkan seperti
berikut;
Mutasi adalah kecil, rawak dan merbahaya. Ianya
jarang berlaku dan kemungkinan yang baik ialah
ianya tidak memberi kesan. Empat ciri mutasi ini
menunjukkan bahawa mutasi tidak membawa
kepada perkembangan melalui proses evolusi.
Perubahan rawak dalam organisma khusus yang
tinggi ialah samada tidak berjaya atau sangat
merbahaya. Perubahan sembarangan dalam jam
tidak membaiki jam itu. Ianya sangat mungkin
membahayakannya atau yang paling baik, tidak
memberi apa-apa kesan. Gempa bumi tidak
memperbaiki bandar, sebaliknya ia membawa
kehancuran.
Tidak menghairankan, tiada contoh mutasi, yang
berguna, yang dapat diperhatikan membangunkan
kod genetik sejauh ini. Suatu yang jelas kini ialah
semua mutasi adalah membahayakan. Ianya suatu
yang disedari bahawa mutasi teori evolusi, yang
dicadangkan sebagai 'mekanisme proses evolusi'
sebenarnya adalah satu kejadian genetik yang
hanya merosakkan dan melumpuhkan hidupan.
(mutasi yang paling biasa dalam manusia ialah
kanser). Sudah tentu mekanisme yang
merosakkan tidak dapat menjadi satu 'mekanisme
evolusi'. Pilihan semulajadi yang diakui oleh
Darwin, 'tidak dapat melakukan apa-apa dengan
sendirinya'. Kebenaran ini menunjukkan kepada
kita bahawa tidak ada 'mekanisme proses evolusi'
dalam alam. Dan sekiranya mekanisme proses
evolusi tidak wujud, maka period yang
diimaginasikan yang dipanggil proses evolusi juga
tidak harus wujud.
Rekod-Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk peralihan.
Bukti yang paling jelas yang menunjukkan bahawa
senario teori evolusi ini tidak pernah terjadi ialah
catatan rekod fosil.
Menurut teori evolusi, makhluk hidupan
berkembang dari satu sama lain. Spesis yang
wujud lebih awal bertukar kepada bentuk lain
sepanjang peredaran masa dan semua spesis
timbul melalui cara ini. Menurut teori ini juga,
perubahan ini meliputi waktu jutaan tahun dan
digerakkan ke depan, langkah demi langkah.
Hal ini menjadi satu kes, bahawa jutaan 'spesis
peralihan' (transition form) seharusnya timbul dan
hidup sepanjang waktu perubahan yang didakwa
ini.
Sebagai contoh, pada waktu dulu, sekalipun ikan
mengekalkan ciri-cirinya, tetapi seharusnya dia
memiliki beberapa ciri-ciri reptilia, dan makhluk
setengah ikan-setengah reptilia mesti wujud. Atau,
sementara masih memiliki ciri-ciri reptilia, mereka
mesti memiliki ciri-ciri burung dan makhluk reptilia-
burung mesti wujud. Hal Ini, oleh kerana mereka
berada dalam period transformasi, maka
seharusnya ada bentuk-bentuk yang lemah, tidak
lengkap, dan cacat. Para evolusionis menamakan
makhluk begini yang mereka percayai pernah
hidup ketika dahulu sebagai 'bentuk-bentuk
peralihan'.
Sekiranya makhluk ini benar-benar wujud zaman
dahulu, bilangannya dan kepelbagaiannya mesti
mempunyai angka berjuta-juta. Dan tanda-tanda
makhluk yang benar-benar ganjil ini mesti ditemui
di dalam rekod-rekod fosil. Dalam theOrigin of
Species Darwin menerangkannya seperti berikut;
Jika teori saya menjadi benar, jutaan jenis-jenis
peralihan yang menghubungkan secara rapat
semua spesis kumpulan yang serupa bersama
mestilah wujud secara pasti ..sebagai akibatnya,
bukti-bukti bekas kewujudan mereka hanya boleh
ditemui di antara fosil-fosil yang tinggal.
Harapan Darwin Yang Musnah.
Meskipun kajian fosil yang dilakukan bagai hendak
gila dalam semua bidang yang bermula dari
pertengahan abad ke 19 hingga kini, sebarang fosil
bentuk-bentuk peralihan bagaimanapun sehingga
hari ini masih gagal untuk ditemukan. Semua
penemuan-penemuan yang dilihat dalam kerja cari
gali dan penyelidikan yang telah dijalankan, jauh
menunjukkan dari apa yang dijangkakan oleh para
evolusionis, sebaliknya menunjukkan bahawa
makhluk hidupan timbul seadanya, cukup
sempurna dan lengkap.
Seorang paleontologis (pakar fosil) British
terkemuka Derek W. Ager mengakui hal ini
meskipun seorang evolusionis;
Hal yang timbul sekiranya kita mengkaji rekod fosil
secara terperinci, samada peringkat order atau
spesis, kita akan menemui -berulang kali- bukanlah
proses evolusi perlahan-lahan, sebaliknya letupan
secara tiba-tiba satu kumpulan dalam tanggungan
satu yang lain.
Dalam perkataan lain, rekod fosil, semua spesis
makhluk hidupan timbul secara tiba-tiba dan dalam
bentuk terakhir mereka, menunjukan tidak terdapat
sebarang peralihan bentuk di antara mereka. Ini
adalah tentangan yang tepat kepada pandangan
Darwin. Selanjutnya ini adalah bukti yang paling
kuat bahawa makhluk hidupan adalah dicipta.
Kerana satu-satunya penjelasan mengenai
kewujudan hidupan yang bersifat tiba-tiba dan
sempurna tanpa leluhur sebagai titik mula evolusi
ialah bahawa mereka sebenarnya diciptakan.
Kebenaran ini diterima oleh seorang evolusionis
dan biologis yang terkenal, Douglas Futuyama;
Penciptaan dan Evolusi, di antara mereka,
penjelasan mutlak yang mungkin mengenai asal
usul makhluk hidupan. Organisma daratan kedua-
duanya kembang atau tidak. Jika berkembang,
maka mereka harus berkembang melalui spesis
yang wujud lebih dahulu melalui beberapa proses
modifikasi. Sekiranya mereka timbul alam bentuk
yang tiba-tiba maju, mereka seharusnya telah
diciptakan oleh suatu Kuasa yang bijaksana.
Fosil-fosil menunjukkan bahawa makhluk hidupan
timbul dalam dunia secara lengkap dan dalam
bentuk yang sempurna. Dalam ayat lain, 'asal usul
spesis', yang bertentangan dengan anggapan
Darwin ialah merupakan hasil Penciptaan dan
bukan evolusi.
Mitos Mengenai Evolusi Manusia.
Perkara yang paling kerap dikemukakan oleh
penyokong teori evolusi ialah asal usul manusia.
Dakwaan golongan darwinis mengenai perkara ini
ialah dengan menganggap bahawa manusia
moden yang hidup hari ini adalah keturunan dari
beberapa makhluk seperti monyet. Dalam period
ini, yang dianggarkan lebih kurang 4-5 juta tahun
lalu, ianya didakwa bahawa di sana wujud 'bentuk
peralihan' di antara manusia moden dan
leluhurnya. Dalam bentuk fakta, terdapat 4
'kategori' asas dalam keseluruhan senario ilusi ini;
1. Australopithecus
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens
Para evolusionis memberikan nama
Australopithecus yang bermaksud beruk selatan
kepada leluhur manusia yang paling awal seperti
monyet ini. Spesis ini sebenarnya adalah satu
spesis beruk yang sudah pupus. Penyelidikan yang
luas dan teliti yang dilakukan oleh Lord Solly
Zuckerman dan Professor Charles Oxnard, dua
pakar anatomi terkenal dari Britain dan Amerika
mengenai Australopithecus, telah mendapati
bahawa makhluk ini sebenarnya adalah sejenis
spesis beruk yang sudah pupus dan tidak
mempunyai sebarang persamaan dengan
manusia.
Para evolusionis membahagikan fasa evolusi
manusia berikutnya kepada kelas 'homo' atau
manusia. Menurut dakwaan ini lagi, hidupan dalam
siri 'homo' ini lebih maju dari Australopithecus.
Evolusionis juga membentangkan tulang fosil
makhluk yang berbeza ini sebelah menyebelah,
dan menyusun satu rajah evolusi melalui imaginasi
mereka. Gambarajah yang terhasil ini adalah satu
imaginasi, kerana menurut fakta sebenarnya, tidak
ada sebarang penghubung proses evolusi antara
kelas-kelas yang berbeza ini yang dapat dibuktikan.
Ernst Mayr, seorang penyokong terpenting teori
evolusi abad ke 20 ini telah menerima hal ini
dengan berkata 'rantai yang mencecah sejauh
homo sapiens sebenarnya telah hilang'.
Ketika menggambarkan gambarajah kedudukan
Australopithecus>Homo habilis>Homo
erectus>Homo sapiens, evolusionis berkata,
bahawa setiap spesis merupakan leluhur kepada
spesis berikutnya. Sebaliknya penemuan terbaru
oleh seorang paleontologis menunjukkan bahawa
Australopithecus, homo Habilis dan homo Erectus
telah menetap pada masa yang sama, di bahagian
lain dalam dunia.
Selanjutnya, dengan menjadi kelas yang masih
hidup dari homo Erectus sehingga hari ini: homo
sapiens Neandertalensis dan homo sapien Sapien
(manusia moden) ditemui hidup sekali di masa
yang sama.
Hal ini, sudah tentu menunjukkan pembatalan
mengenai kelas-kelas ini yang didakwa sebagai
leluhur kepada jenis yang berikutnya. Stephen Jay
Gould, seorang dari peleontologis universiti
Harvard, sekalipun merupakan seorang
evolusionis, menerangkan dilemma yang dihadapi
oleh teori Darwin dalam hal ini;
Apa yang akan terjadi kepada tangga kami, jika di
sana ada tiga hominid keturunan yang tinggal
bersama-sama (Australopithecus Africanus,
Robust Australopithecines, Homo Habilis), tidak
jelas siapa yang timbul dari siapa? Selebihnya, tidak
ada satu pun dari ketiga-tiganya mempamerkan
arah proses evolusi sewaktu kedudukan mereka di
dalam dunia.
Secara ringkasnya, lukisan-lukisan yang
digambarkan dalam surat khabar atau dalam buku
sekolah mengenai gambaran makhluk 'setengah
manusia setengah monyet', dan dalam ayat lain,
sinopsis evolusi manusia yang mereka cuba
hidupkan sekadar dengan metode propaganda,
adalah merupakan suatu mitos tanpa asas saintifik.
Meskipun seorang evolusionis, Lord Solly
Zuckerman seorang saintis Britain yang dihormati
dan terkemuka, mengkaji hal ini berapa tahun
lamanya, dan melakukan 15 kajian terhadap fosil
Australopithecus, dan akhirnya sampai kepada
kesimpulan bahawa tidak ada satu rumpun
keluarga yang nyata, berkembang dari makhluk
seperti beruk itu yang sampai kepada manusia.
Zuckersman juga membuat satu 'spektrum sains'
yang menarik. Dia menyenaraikan 'spektrum' ini
dari cabang-cabang pengetahuan yang
diterimanya sebagai saintifik sehingga kepada yang
tidak diterimanya sebagai saintifik. Di bawah jadual
Zuckerman, yang paling saintifik atau dalam
perkataan lain, yang berdasarkan kepada
keputusan yang lebih konkrit, ialah cabang kimia
dan fizik. Selepas itu barulah sains biologi, dan
sains sosial. Pada bahagian akhir spektrum ini,
bahagian yang dianggap paling tidak saintifik
menurut Zuckerman ialah 'persepsi luarbiasa' -
konsep seperti telepati dan firasat- dan yang
terakhir ialah evolusi manusia!!. Zuckerman
menerangkan kedudukan akhir spektrum ini
sebagai berikut;
Kita kemudian bergerak ke kanan gambaran
kebenaran objektif ke dalam bidang-bidang sains
biologikal yang bersifat andaian seperti, persepsi
luarbiasa atau mengenai penafsiran sejarah fosil
manusia, di mana bagi evolusionis apa saja
mungkin -dan di mana dengan semangat
berkobar-kobar tukang percaya (dalam evolusi)
kadang-kadang boleh mempercayai beberapa
perkara bertentangan pada waktu yang sama.
Dengan ini, mitos evolusi manusia ini
mengandungi ulasan yang prejudis oleh segelintir
orang yang percaya secara membuta tuli kepada
teori-teori yang berasaskan fosil yang mereka
temui.
Teknologi Dalam Mata Dan Telinga.
Seperkara lagi yang masih kekal tanpa sebarang
jawapan oleh teori evolusi ini ialah ketinggian kualiti
persepsi dalam telinga dan mata.
Sebelum meneruskan subjek mengenai mata ini,
mari kita secara ringkas menjawap soalan
'bagaimana kita melihat'. Sinaran cahaya yang
datang dari objek jatuh ke atas retina mata. Di sini
sinaran cahaya ini ditukarkan kepada isyarat elektrik
oleh sel-sel dan sampai ke titik kecil di belakang
otak yang dipanggil pusat penglihatan. Isyarat
elektrik ini ditefsirkan sebagai sebuah imej di pusat
otak setelah melalui beberapa siri proses.
Dengan latar belakang teknikal ini. mari kita fikirkan
sejenak.
Otak merupakan organ yang kalis dari cahaya. Ini
bermakna bahagian dalam otak adalah amat gelap,
dan cahaya tidak dapat sampai ke bahagian di
mana otak terletak. Bahagian yang dipanggil pusat
penglihatan merupakan tempat yang sangat gelap
di mana cahaya tidak dapat sampai kepadanya,
ianya mungkin, bahkan tempat yang paling gelap
kamu pernah ketahui. Akan tetapi, sebenarnya
kamu melihat terang benderang dan kekilauan
dunia ini dari pusat kegelapan ini.
Imej yang terbentuk di dalam mata ini sangat
tajam dan jelas, bahkan teknologi abad ke 20 ini
tidak mampu untuk menghasilkannya. Sebagai
contoh, lihat pada buku yang kamu baca, yang
berada di tangan kamu, kemudian angkat kepala
kamu dan perhatikan sekeliling kamu. Pernahkah
kamu melihat imej seperti ini ketika melihat tempat
lain? Sekalipun skrin televisyen yang dihasilkan oleh
pengeluar televisyen terhebat di dunia masih tidak
dapat menghasilkan imej seperti ini kepada kamu.
Imej ini bersifat tiga-dimensi, berwarna dan
mempunyai ketajaman yang tinggi. Untuk lebih
seratus tahun, beribu-ribu jurutera berusaha untuk
menghasilkan imej dengan ketajaman seperti ini.
Kilang-kilang, premis besar telah didirikan, banyak
kajian telah dibuat, perancangan dan rekaan juga
dilaksanakan untuk tujuan ini. Sekali lagi, lihat di
skrin televisyen dan buku yang berada di tangan
kamu. Kamu akan melihat di sana ada perbezaan
besar dari sudut ketajaman dan kejelasan.
Selanjutnya, skrin televisyen hanya memaparkan
imej dua dimensi, sebaliknya melalui mata kamu,
kamu melihat perspektif mendalam imej tiga
dimensi.
Untuk beberapa tahun, puluhan ribu jurutera cuba
untuk menghasilkan televisyen tiga dimensi untuk
mencapai kualiti penglihatan seperti mata. Memang
benar, mereka telah membuat sistem televisyen
dengan tiga dimensi, tetapi ianya tidak mungkin
dapat di lihat tanpa meletakkan kaca-kaca; dan lagi
ia hanyalah sekadar imej tiga dimensi yang palsu.
Latar belakangnya lebih kabur, latar depannya
timbul seperti latar kertas. Tidak sekali-kali mungkin
untuk menghasilkan penglihatan yang tajam dan
jelas seperti mata. Dalam kedua-dua kamera dan
televisyen, terdapat imej yang kurang berkualiti.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang
menghasilkan imej yang tajam dan jelas ini
terbentuk dengan kebetulan. Sekarang, sekiranya
seorang memberitahu kamu bahawa televisyen di
bilik kamu terjadi hasil daripada kebetulan, bahawa
semua zarah-zarahnya tiba-tiba bersatu dan
membentuk alat yang menghasilkan imej ini, apa
yang kamu akan fikir? bagaimana atom-atom
mampu menghasilkan apa yang tidak mampu
dibuat oleh beribu-ribu manusia?.
Sekiranya sebuah alat yang menghasilkan satu
imej yang lebih berbanding mata tidak terjadi
secara kebetulan, maka ianya satu bukti yang jelas,
bahawa mata dan imej yang dihasilkan oleh mata
lebih lojik tidak terbentuk secara kebetulan. Situasi
yang sama juga berlaku di telinga. Bahagian telinga
luar menerima bunyi dengan aurikel dan
membawa bunyi itu ke bahagian telinga tengah;
bahagian tengah telinga menukarkan getaran bunyi
itu dengan menguatkan mereka; telinga dalam
menghantar getaran ini ke otak dengan
menukarkannya kepada isyarat elektrik.
Sepertimana juga mata, tindakan mendengar ini
berakhir di pusat pendengaran di otak.
Situasi di mata juga sama seperti untuk telinga.
Bahawa otak adalah kedap dari sebarang bunyi
seperti mana kedap dari cahaya; ia tidak
membenarkan sebarang suara sampai ke
dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising di luar
sekalipun, bahagian dalam otak adalah keadaan
yang amat sunyi. Namun, bunyi yang paling
nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang
kedap dari sebarang bunyi, kamu mendengar
simfoni dari sebuah orkestra, dan mendengar
semua kebisingan di tempat yang sesak. Akan
tetapi, jika kadar bunyi dalam otak kamu diukur
dengan alat yang tepat pada suatu ketika, ianya
didapati bahawa keadaan di dalamnya adalah
sangat sunyi.
Seperti kes pengimejan, usaha selama berdekad-
dekad juga diambil untuk membuat dan
menghasilkan bunyi suara yang sama seperti yang
asli. Hasil dari usaha ini, ialah keluaran seperti
perakam suara, sistem ketepatan-tinggi, dan
sistem pengesan suara. Di sebalik semua teknologi
ini dan ribuan jurutera dan pakar-pakar yang
bekerja dalam usaha ini, sehingga sekarang tidak
ada satu bunyi yang terhasil yang mempunyai
ketajaman dan kejelasan yang sama seperti bunyi
yang di dengar oleh telinga. Cuba lihat kepada
sistem Hi-Fi dengan kualiti yang paling tinggi yang
dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar dalam
industri muzik. Bahkan dalam alat ini, ketika suara
dirakamkan, setengah darinya hilang; atau ketika
menghidupkan Hi-Fi kamu selalu mendengar bunyi
desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun,
bunyi yang dihasilkan oleh teknologi tubuh
manusia lebih tajam dan sangat jelas. Telinga
manusia tidak pernah menerima satu bunyi
bersama-sama dengan bunyi desisan atau seperti
gangguan pemancar seperti Hi-Fi; telinga
menerima bunyi persis dengan bunyi itu, tajam
dan jelas. Ini adalah keadaannya sejak penciptaan
manusia.
Setakat ini, tidak ada alat visual atau perakam yang
dibuat oleh manusia begitu sensitif dan berjaya
merasakan data sensori seperti telinga dan mata.
Milik Siapakah Kesedaran Melihat Dan Mendengar
Yang Terdapat Dalam Otak.
Apakah sebenarnya yang melihat segala macam
godaan dunia dalam otaknya, mendengar kepada
simfoni dan bermain dengan burung, dan
menghidu bau sekuntum bunga ros?
Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan
hidung manusia akan bergerak ke dalam otak
sebagai impuls saraf elektrokimia. Dalam buku-
buku biologi, psikologi, dan biokimia, kamu akan
menemui banyak keterangan bagamana imej ini
terbentuk di dalam otak. Bagaimanapun kamu tidak
dapat menjangkau fakta penting mengenai perkara
ini; siapakah sebenarnya yang merasai impuls saraf
elektrokimia ini sebagai imej-imej, bunyi, bau dan
peristiwa sensori di dalam otak? Di sana terdapat
satu sifat yang sedar di dalam otak yang
merasakan semua ini tanpa merasa sebarang
keperluan kepada mata, telinga dan hidung.
Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi
bahawa kesedaran ini bukanlah dimiliki olah saraf-
saraf, lapisan lemak atau neuron yang terdapat di
dalam otak. Ini adalah sebab mengapa penganut
Darwinis-materialis yang percaya bahawa semua
kewujudan adalah terdiri pada material, tidak dapat
menjawap soalan ini.
Sifat sedar ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah.
Roh ini tidak memerlukan mata untuk melihat imej,
juga tidak telinga untuk mendengar bunyian.
Bahkan tidak memerlukan otak untuk berfikir.
Orang yang sedar akan fakta saintifik dan tersirat ini
akan menghayati kebesaran Allah, akan takut
kepadaNya dan meminta perlindungan dariNya,
Dia yang mengeluarkan keseluruhan alam semesta
di dalam tempat yang gelap-gelita beberapa kubik
sentimeter dalam tiga-dimensi, berwarna, samar-
samar, dan bentuk yang berkilau-kilauan.
Kepercayaan Materialis.
Apa yang kita pelajari sejauh ini menunjukkan teori
evolusi adalah satu dakwaan yang secara terbuka
bertentangan dengan fakta saintifik. Dakwaan teori
ini berhubung asal usul kehidupan yang
berselindung di balik wajah sains, mekanisme-
mekanisme bersifat evolusi yang dikemukakannya
tidak sedikitpun mempunyai kesan ke atas evolusi,
dan rekod-rekod fosil yang menunjukkan
keperluan kepada bentuk-bentuk peralihan
sebenarnya tidak pernah wujud. Dalam kes ini,
teori evolusi tersadai sebagai satu idea yang
bertentangan dengan sains. Sebagai satu
kebenaran, banyak idea-idea yang dilontarkan ke
dalam dunia sepanjang sejarah, seperti model
evolusi, telah pun dibatalkan dari agenda saintifik.
Tetapi teori evolusi ini dengan perancangan teliti
telah dikekalkan dalam agenda saintifik. Setengah
orang bahkan cuba menggambarkan kritikan teori
ini sebagai 'serangan ke atas sains', tetapi kenapa?
Sebab kepada situasi ini ialah bahawa bagi
setengah orang, teori evolusi ini telah menjadi
kepercayaan dogmatik yang mustahak. Golongan
ini berkeras degil tunduk kepada falsafah
materialisme dan terpengaruh dengan Darwinisme
sebagai penerangan alam material yang mutlak.
Mereka kadang-kadang secara terbuka
mengakuinya. Richard Lewontin pakar genetik
terkenal dari universiti Harvard dan pada masa
yang sama seorang evolusionis terkemuka
mengakui bahawa dia adalah 'pertama materialis,
kemudian saintis' dalam perenggan ini;
Bukanlah bahawa metode dan institusi sains apa
cara sekalipun memaksa kita mengakui penjelasan
material mengenai fenomena dunia, tetapi
sebaliknya, bahawa kita didesak oleh kesetiaan
tertinggi kita atas sebab-sebab material untuk
membuat alat-alat pengkajian dan merangka
konsep yang membuahkan penerangan bersifat
kebendaan, tidak kira betapa sekalipun
bertentangan dengan intuisi, tidak kira betapa
menghairankan untuk diterima. Dan lagi,
materialisme adalah mutlak, maka kita tidak akan
membenarkan kaki Tuhan berdiri di depan pintu.
Kenyataan ini adalah jelas bahawa Darwinisme
adalah suatu dogma yang dihidupkan untuk suatu
sokongan kepada falsafah materialisme. Dogma ini
menganggap bahawa tiada sebarang kewujudan
melainkan yang bersifat kebendaan. Atas alasan ini,
ia percaya bahawa unsur bukan hidupan, iaitu zat
tanpa sifat sedar yang sebenarnya menjadikan
kehidupan. Ia menerima bahawa jutaan spesis
hidupan seperti burung-burung, ikan, zirafah,
harimau, serangga, pokok, bunga-bunga, ikan
paus timbul dari kesan sama seperti yang ada di
dalam benda tidak bernyawa, dalam perkataan lain
hujan dan petir. Ini adalah benar-benar
bertentangan dengan akal dan sains. Tetapi
golongan darwinis terus mempertahankan
kepercayaan ini sebagai usaha untuk 'menghalang
kaki Tuhan berdiri di depan pintu'.
Orang yang melihat kepada asal usul hidupan
tanpa sebarang prejudis materialis pasti akan
menyedari kebenaran ini; semua benda hidupan
adalah hasil kerja Pencipta yang mempunyai kuasa
yang tinggi, pengetahuan dan kebijaksanaan.
Pencipta ini adalah Tuhan, yang menciptakan
seluruh alam semesta daripada tiada, yang
menghias di dalamnya dengan cara yang paling
sempurna, mencipta dan memberikan bentuk
kepada semua makhluk hidupan.
Mereka berkata: "Maha suci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selian dari apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami: Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, 32)

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

blogger. Powered by Blogger.

comment